Tone Plus: Mengekalkan Nombor Lama Melalui Akaun Rasmi
Mereka yang berjaya dalam program ini adalah mereka yang menjadikan talian Tone Excel dan Tone Plus sebagai talian UTAMA!.
Pengguna talian Tune Talk program Tone Excel dan Tone Plus boleh mengekalkan nombor lama mereka yang sedang digunakan samada ia adalah talian Altel, Celcom, Digi, Maxis, Mtrade, Redtone, Spinoy, UMobile, XOX, YTLComms, dan TuneTalk (biasa).
Kelebihan mengekalkan nombor lama adalah pengguna tidak mengalami kepayahan untuk dihubungi oleh rakan-rakan talian lama mereka. Keduanya, pengguna-pengguna akan lebih komited terhadap program ini kerana menjadikannya sebagai talian utama. Ketiganya, tidak payah untuk membeli talipon baru. Keempat, pengguna tidak bermasalah untuk mengawasi dan menyelia samada mereka akan ‘Top Up’ bulanan atau tidak. Keempat-keempat faktor ini boleh membuatkan pengguna lebih fokus dalam menjana pendapatan program ini.
Pengguna boleh mengekalkan nombor lama sewaktu pendaftaran atau setelah mereka menjadi ahli Tone Excel dan Tone Plus.
Bagi pengguna Tone Excel yang ingin mengekalkan nombor lama, sila hubungi Junior Center (JC), Service Center (SC) atau Branch yang berdekatan. Bagi ahli biasa Tone Plus, mereka boleh melakukan terus dalam laman web keahlian mereka seperti tatacara dibawah.
Syarat utama pengekalan nombor adalah nombor talian Tone Excel atau Tone Plus telah diaktifkan dan nombor lama tersebut adalah dipunyai oleh pengguna sendiri (nombor IC atau passport mesti sama) tanpa sebarang bill yang tertunggak dan tiada sebarang kontrak yang dikenakan terhadap nombor lama tersebut.
Bagi mereka yang telah menggunakan nombor Tone Plus dan ingin mengekalkan nombor lama, tatacara berikut boleh dilakukan melalui akaun keahlian rasmi mereka diwww.toneplus.com.my .
Sila layari ke akaun keahlian melalui menu User Login di muka depan laman web tersebut dan masukkan Login ID dan nombor password anda.
1) Setelah anda berada di muka web seperti di gambar 1 dibawah, sila klik Registration(nombor 1).
Setelah itu anda boleh klik menu Register Port In seperti yang terdapat di gambar 1 ini.
Gambar 1
2) Setelah itu, anda boleh mengisikan maklumat anda seperti yang terdapat dalam menu ‘Pop Up’ yang keluar di skrin seperti gambar 2 di bawah.
Isikan nombor keahlian anda, dan klik kotak Check tersebut, maka nama ahli yang ingin mengekalkan nombor akan keluar di skrin.
Seterusnya, isikan nombor talian lama yang ingin dikekalkan oleh ahli tersebut di ruanganMobile Number.
Langkah berikutnya, pilih pembekal rangkaian talian lama tersebut di ruangan Current Service Provider.
Akhir sekali, sila klik Submit.
Gambar 2
3) Setelah selesai menghantar permohonan ini, anda boleh menyemak status permohonan anda dengan cara klik menu Check Port In Status seperti di gambar 1.
Apabila menu ‘Pop Up‘ seperti dibawah keluar, sila isikan nombor talian yang ingin dikekalkan dan klik kotak Check untuk anda melihat status permohonannya.
Selalunya, aktiviti permohonan yang berjaya akan memakan masa 48 jam hingga 7 hari. Ini kerana, urusan pengekalan nombor perlu diluluskan dan dipersetujui oleh pembekal rangkaian nombor lama iaitu Digi, Maxis dan lain-lain.
Jika mereka (pembekal rangkaian lama) tidak bersetuju untuk melepaskan nombor tersebut maka, proses anda akan gagal.
Sepanjang pengetahuan saya, banyak permohonan adalah diluluskan kerana perjanjian pengekalan nombor ini telah mendapat persetujuan antara semua syarikat telekomunikasi di Malaysia dan dipersetujui juga oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Jika terdapat masalah syarikat rangkaian talian lama tersebut tidak bersetuju anda menggunakan nombor lama mereka, maka anda boleh terus merujuk hal ini kepada mereka akan sebab-sebabnya dan jika anda tidak berpuashati, anda boleh merujuk kepada SKMM.
No comments:
Post a Comment